About Me
- feldalakum
- Felda Lakum mempunyai keluasan kawasan 2103.93 hektar dengan kapasiti penduduk seramai 3323 orang. Penduduk Felda Lakum terdiri dari komuniti Melayu, India dan Cina yang mewakili bilangan 505 orang peneroka. Penduduk ini ditempatkan di blok-blok mengikut peringkat 1-3 (tarikh kemasukan) ke tanah rancangan. Antara pendapatan utama komuniti disini adalah dari hasil jualan kelapa sawit dan perusahaan kebun getah secara sendiri .Sejarah Lakum pada asalnya merupakan hutan dara dan telah dibangunkan oleh Felda pada tahun 1975/1976. Ia terletak di mukim Semantan daerah Temerloh. Nama Felda Lakum diambil sempena sejenis pokok hutan yang terdapat di dalam hutan simpan Lakum. Lakum terletak di bawah kawasan Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri Lanchang dengan jarak 35 km dari Bandar Bentong, 42 km dari Bandar Mentakab, 184 km ke barat Kuantan dan 114 km ke Kuala Lumpur. Felda Lakum juga berjiran dengan Felda Bukit Damar dan Gugusan Mempaga. Rancangan lain yang berhampiran ialah Felda Lurah Bilut dan Felda Kg. Sertik, manakala kampung tradisional yang menjadi jiran ialah Kg. Mempateh dan Bolok